KOPERASI KAKITANGAN MAJLIS BANDARAYA KUANTAN BERHAD
( KOSPEK )
IDEA PENUBUHAN
Timbul pada tahun 1985 sewaktu Y.H. Dato’ Mohd Shariff Bin Shamsuddin menjadi Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kuantan.
TUJUAN PENUBUHAN
Pihak pengurusan MBK merasakan perlu ada satu badan / organisasi yang boleh bergerak aktif untuk membantu kakitangan MPK dari segi kebajikan dan menyediakan beberapa kemudahan yang tidak dapat diberikan secara langsung kepada kakitangan.
Untuk tingkatkan produktiviti kerja kakitangan MBK kerana apabila keperluan harian mereka dapat diselesaikan seperti bekalan makanan, kenderaan untuk pergi bekerja, maka tumpuan dan semangat mereka bekerja adalah tinggi. Oleh itu, aktiviti Pasar Mini dan Pembiayaan Pembelian Motosikal telah dirintis awal.
Untuk mengelakkan kakitangan dari berhutang dengan pihak-pihak luar terutamanya ceti.
MAKLUMAT AM
Pendaftaran : 06hb Oktober 1987(KOOP 263)
Keanggotaan ANGKASA : P.A 110
Lesen Kementerian Kewangan: 357-00028307
Fungsi Koperasi : Pengguna (Serbaguna)
Status Koperasi : Kelas ‘A’ di Negeri Pahang
Juruaudit Luar : Kamarulzaman & Associates
Bank Utama : Bank Islam (M) Berhad
Peguam : Tetuan Hamidah, Rosmawati & Associate
Alamat Berdaftar : WISMA KOSPEK MBK Berhad
B-822, Tingkat 1, Jalan Bukit Ubi, 25200 Kuantan, Pahang Darul Makmur